3. Mereka semua berkumpul pada Perayaan Pondok Daun.
4. Setelah semua pemimpin itu berkumpul, orang Lewi mengangkat Tabut Perjanjian
5. dan membawanya ke dalam Rumah TUHAN. Para imam dan orang Lewi memindahkan Khemah TUHAN dan semua perkakasnya ke dalam Rumah TUHAN.
6. Raja Salomo dan segenap umat Israel berkumpul di hadapan Tabut Perjanjian, lalu mempersembahkan korban berupa domba dan lembu yang banyak sekali, sehingga tidak terkira bilangannya.
7. Selepas itu para imam membawa Tabut Perjanjian ke Rumah TUHAN, lalu meletakkannya di Bilik Maha Suci, di bawah patung kerub.
8. Sayap kerub-kerub itu terkembang dan menutupi Tabut itu serta kayu-kayu pengusungnya.
9. Kayu pengusung itu panjang sekali, sehingga hujungnya dapat dilihat dari hadapan Bilik Maha Suci, tetapi tidak dapat dilihat dari arah lain. (Kayu-kayu pengusung itu masih di sana sehingga sekarang.)
10. Tabut Perjanjian hanya mengandungi dua buah batu yang diletakkan di sana oleh Musa di Gunung Sinai dahulu, ketika TUHAN membuat perjanjian-Nya dengan umat Israel, selepas mereka keluar dari Mesir.