32. Panglima pasukan kereta kuda itu sedar bahawa raja itu bukan raja Israel, lalu mereka berhenti menyerang baginda.
33. Kebetulan salah seorang askar negeri Siria melepaskan anak panah yang mengenai Raja Ahab pada sambungan baju zirahnya. “Beta luka!” seru Raja Ahab kepada pemandu kereta kudanya. “Pusingkan kereta kuda dan keluarlah dari pertempuran ini!”
34. Sementara pertempuran itu berkobar, Raja Ahab menopang diri di atas kereta kudanya yang berhadapan dengan tentera Siria. Pada waktu matahari terbenam, Raja Ahab mangkat.