2 Tawarikh 12:2-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Pada tahun kelima pemerintahan baginda, mereka dihukum oleh TUHAN kerana mereka tidak setia kepada-Nya. Yerusalem diserang oleh Raja Sisak, pemerintah Mesir,

3. dengan 1,200 buah kereta kuda, 60,000 orang askar berkuda, dan askar-askar yang tidak dapat dikira, termasuk juga tentera Libia, Suki, dan Etiopia.

4. Raja Sisak merebut kota-kota Yehuda yang berkubu, lalu maju sampai ke Yerusalem.

5. Nabi Semaya menghadap Raja Rehabeam dan pemimpin-pemimpin Yehuda yang berkumpul di Yerusalem untuk melarikan diri daripada Raja Sisak. Semaya berkata kepada mereka, “Dengarlah firman TUHAN, ‘Kamu telah meninggalkan Aku; sekarang Aku meninggalkan kamu sehingga kamu dikuasai oleh Sisak.’ ”

6. Raja dan pemimpin-pemimpin itu mengakui bahawa mereka sudah berdosa. Mereka berkata, “Apa yang dilakukan TUHAN itu adil.”

2 Tawarikh 12