2 Tawarikh 12:14-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Raja Rehabeam melakukan kejahatan kerana baginda tidak berusaha melakukan kehendak TUHAN.

15. Perbuatan Raja Rehabeam dari permulaan hingga akhir, dan juga catatan tentang keluarganya, terdapat di dalam kitab Sejarah Nabi Semaya dan kitab Sejarah Nabi Ido. Raja Rehabeam dan Raja Yerobeam sentiasa berperang.

16. Raja Rehabeam mangkat dan dimakamkan di makam diraja di Kota Daud, lalu puteranya, Abia, menggantikan baginda sebagai raja.

2 Tawarikh 12