2 Samuel 6:19-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. dan membahagi-bahagikan makanan kepada mereka semua. Baginda memberikan seketul roti, sepotong daging panggang, dan kismis kepada setiap lelaki dan perempuan di Israel. Selepas itu mereka pulang ke rumah masing-masing.

20. Selepas itu, apabila Raja Daud pulang untuk memberikan salam kepada keluarganya, Mikhal menemui baginda. Mikhal berkata, “Pada hari ini raja Israel telah sungguh-sungguh membuat dirinya terhormat! Raja telah bertelanjang seperti orang dungu yang tidak tahu malu di hadapan hamba-hamba perempuan milik para pegawai istana!”

21-22. Raja Daud menjawab, “Aku menari untuk menghormati TUHAN. Dia telah menolak bapamu serta keluargamu, lalu memilih aku sebagai pemimpin umat-Nya Israel. Aku akan terus menari dan bersedia dihina lebih daripada tadi untuk menghormati TUHAN. Engkau memandang rendah kepadaku, tetapi hamba-hamba perempuan itu menghormati aku!”

23. Mikhal, puteri Raja Saul, tidak mempunyai anak seumur hidupnya.

2 Samuel 6