4. Mereka berkata, “Pertikaian antara kami dengan Raja Saul dan keluarganya tidak dapat diselesaikan dengan perak ataupun emas. Tetapi kami tidak mahu membunuh seorang pun umat Israel.”Kemudian Raja Daud bertitah, “Jika begitu, apakah yang kamu ingin beta lakukan?”
5. Mereka menjawab, “Raja Saul hendak membinasakan kami semua supaya kami lenyap dari seluruh Israel.
6. Oleh itu, serahkanlah tujuh orang lelaki daripada keturunannya supaya kami menggantung mereka di hadapan TUHAN di Gibea, kota asal Raja Saul, raja pilihan TUHAN.”Raja menjawab, “Baiklah, beta akan menyerahkan mereka kepada kamu.”
7. Oleh sebab Raja Daud dan Yonatan sudah bersumpah kepada satu sama lain, Raja Daud tidak menyerahkan Mefiboset anak Yonatan, cucu Raja Saul, kepada mereka.
8. Tetapi Raja Daud menyerahkan Armoni dan Mefiboset kepada mereka, iaitu dua orang putera Raja Saul yang dilahirkan oleh Rizpa anak Aya. Raja Daud juga menyerahkan lima orang anak lelaki Merab puteri Raja Saul, iaitu anak-anak Merab dan suaminya Adriel anak Barzilai, yang berasal dari Mehola.