2 Samuel 21:14-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Selepas itu tulang-tulang Raja Saul dan Yonatan, serta tulang-tulang tujuh orang itu dikuburkan di kubur Kish, ayahanda Raja Saul, di Zela di dalam wilayah Benyamin, sebagaimana yang diperintahkan raja. Selepas itu barulah Allah mengabulkan doa mereka bagi negeri itu.

15. Suatu peperangan terjadi lagi antara orang Filistin dan umat Israel, lalu Raja Daud dan anak buahnya pergi berperang melawan orang Filistin. Dalam salah satu pertempuran itu Raja Daud menjadi letih.

16. Ketika itu seorang raksasa bernama Yisbi-Benob menyangka bahawa dia dapat membunuh Raja Daud. Raksasa itu membawa sebatang tombak gangsa yang beratnya kira-kira 3.5 kilogram, dan dia menyandang sebilah pedang yang baru.

2 Samuel 21