18. Tetapi tentera Israel memukul mundur tentera Siria. Raja Daud dan tenteranya membunuh 700 orang pemandu kereta kuda dan 40,000 orang daripada pasukan berkuda. Mereka juga mencederakan Sobakh, panglima tentera musuh, lalu dia mati di medan pertempuran.
19. Apabila raja-raja yang di bawah kuasa Raja Hadadezer sedar bahawa mereka sudah dikalahkan oleh orang Israel, raja-raja itu berdamai dengan orang Israel dan takluk ke bawah kuasa mereka. Sejak itu orang Siria tidak lagi berani membantu orang Amon.