2 Raja-Raja 8:15-18 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Tetapi esok harinya, Hazael mengambil sehelai selimut, mencelupkannya ke dalam air, lalu menekankan selimut itu pada muka raja sehingga baginda mangkat.Selepas itu Hazael menggantikan Raja Benhadad sebagai raja negeri Siria.

16. Pada tahun kelima pemerintahan Raja Yoram putera Raja Ahab di Israel, Yehoram putera Raja Yosafat menjadi raja Yehuda.

17. Pada masa itu Raja Yehoram berusia tiga puluh dua tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama lapan tahun.

18. Isteri baginda ialah puteri Raja Ahab, dan seperti keluarga Raja Ahab, Raja Yehoram mengikut perbuatan jahat raja-raja Israel. Baginda berdosa terhadap TUHAN,

2 Raja-Raja 8