2 Raja-Raja 6:9-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Tetapi Elisa menyuruh orang memberitahukan hal itu kepada raja Israel, serta memberikan amaran supaya mereka tidak mendekati tempat itu, kerana orang Siria sedang mengadang di situ.

10. Raja Israel memberikan amaran kepada orang yang tinggal di situ supaya mereka berwaspada. Begitulah beberapa kali Elisa memperingatkan raja.

11. Raja negeri Siria menjadi sangat gusar kerana hal itu. Baginda memanggil para panglima lalu bertanya kepada mereka, “Siapakah antara kamu yang berpihak kepada raja Israel?”

12. Salah seorang antara mereka menjawab, “Tidak sesiapa, tuanku. Nabi Elisa yang memberitahu raja Israel hal itu, bahkan perkataan yang tuanku ucapkan di bilik tidur.”

13. “Carilah dia,” titah raja, “lalu beta akan menangkapnya.”Apabila raja diberitahu bahawa Elisa berada di Dotan,

2 Raja-Raja 6