4. Selepas itu Raja Yosia memerintah Imam Agung Hilkia, para imam penolong, dan para pengawal yang bertugas di pintu Rumah TUHAN supaya mengeluarkan semua benda yang digunakan untuk penyembahan Baal, Dewi Asyera, dan bintang-bintang. Raja Yosia membakar semua benda itu di luar kota, dekat Lembah Kidron, lalu abunya dibawa ke Betel.
5. Raja Yosia memecat semua imam yang dilantik oleh raja-raja Yehuda untuk mempersembahkan korban di mazbah-mazbah dewa di kota-kota Yehuda, dan di tempat-tempat di sekitar Yerusalem. Semua imam itu telah mempersembahkan korban kepada Baal, matahari, bulan, planet, dan bintang-bintang.
6. Raja Yosia mengeluarkan lambang Dewi Asyera dari Rumah TUHAN, lalu membawanya ke luar kota, ke Lembah Kidron untuk dibakar. Kemudian arangnya ditumbuk sehingga menjadi abu, lalu dihamburkan di perkuburan awam.