2 Makabe 7:35-39 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

35. Tuanku tak akan terlepas daripada pengadilan Allah Yang Maha Kuasa dan yang melihat segala-galanya.

36. Sesudah menderita untuk sementara, saudara-saudara kami sekarang hidup kekal kerana perjanjian Allah. Tetapi tuanku akan diadili-Nya dan diberi hukuman yang setimpal kerana kesombongan tuanku.

37. Seperti abang-abang saya, saya pun menyerahkan jiwa raga saya demi hukum-hukum nenek moyang kami. Tetapi saya juga memohon kepada Allah supaya Dia segera menunjukkan belas kasihan-Nya kepada bangsa kami, dan supaya Dia menyeksa tuanku sehingga tuanku mengakui bahawa Dialah Allah Yang Esa.

38. Kemurkaan Allah Yang Maha Kuasa telah menimpa bangsa kami dengan adil. Semoga saya dan abang-abang saya menjadi orang terakhir yang tertimpa kemurkaan-Nya.”

39. Apabila mendengar kata-kata yang menghina itu, meledaklah kemurkaan raja. Anak bongsu itu diperlakukan oleh baginda dengan lebih kejam daripada yang lain-lain.

2 Makabe 7