1. Suatu kejadian yang lain melibatkan seorang ibu yang ditangkap bersama-sama tujuh orang anak lelakinya. Dengan perintah raja mereka diseksa dengan cambuk dan rotan untuk memaksa mereka makan daging babi.
2. Lalu seorang antara mereka yang menjadi jurucakap berkata, “Apakah yang tuanku inginkan daripada kami? Kami lebih suka mati daripada melanggar hukum nenek moyang kami.”
3. Apabila mendengar perkataan itu raja murka sekali. Baginda memerintahkan supaya belanga besar dan kuali-kuali dipanaskan.
4. Sesudah dipanaskan, baginda memerintah supaya lidah jurucakap itu dipotong, kulit kepalanya dikupas dan tangan serta kakinya dipenggal dengan disaksikan oleh ibu dan keenam-enam orang saudaranya.
5. Sesudah dikudung seluruhnya, raja memerintahkan supaya dia hidup-hidup digoreng di dalam kuali. Sementara wapnya mengepul, ibu dan saudara-saudaranya saling memberi semangat supaya mati secara perwira. Kata mereka,
32-33. Memang Tuhan yang hidup menyeksa kami kerana dosa-dosa kami untuk menegur dan memperbaiki kami. Tetapi kemurkaan-Nya tidak akan lama, oleh sebab kami ini hamba-hamba-Nya, dan Dia akan berdamai lagi dengan kami.