2 Makabe 2:5-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Ketika Yeremia mendaki gunung itu, didapatinya sebuah gua yang besar. Di situ disembunyikannya Khemah Tuhan, Tabut Perjanjian, dan mazbah untuk kemenyan. Kemudian tempat masuk ke gua itu ditutupnya rapat-rapat.

6. Beberapa orang kawan Yeremia pergi ke sana untuk menandai jalannya, tetapi mereka tidak dapat menemukan gua itu.

7. Apabila mendengar hal itu, Yeremia menegur mereka, katanya, ‘Tiada seorang pun boleh tahu tempat itu sehingga Allah mengumpulkan umat-Nya kembali semula dan mengasihani mereka.

8. Pada waktu itu Dia akan menunjukkan tempat benda-benda itu disembunyikan. Cahaya hadirat Tuhan akan kelihatan di awan yang turun seperti yang berlaku pada zaman Musa, dan kemudian pada masa Salomo berdoa supaya Rumah Allah ditahbiskan dengan kemuliaan kepada Tuhan.’

9. Kami juga diberitahu bagaimana Raja Salomo yang bijaksana mempersembahkan korban ketika Rumah Tuhan selesai dibina dan ditahbiskan kepada Allah.

10. Pada waktu raja sedang berdoa, turunlah api dari syurga dan membakar korban-korban, seperti yang terjadi dahulu, ketika Musa sedang berdoa.

11. Menurut Musa, korban untuk mengampunkan dosa itu habis dimakan api kerana tidak dimakan oleh manusia.

2 Makabe 2