28. Tetapi orang Yahudi berdoa memohon pertolongan Tuhan, yang dengan kekuasaan-Nya mematahkan kekuatan musuh. Mereka berjaya merebut kota itu dan membunuh lebih kurang 25,000 orang.
29. Dari situ mereka pergi ke kota Skitopolis, seratus dua puluh kilometer di sebelah utara Yerusalem.
30. Orang Yahudi yang tinggal di situ memberitahu Yudas bahawa mereka diperlakukan dengan baik sekali oleh penduduk kota, lebih-lebih lagi pada waktu kesukaran.
31. Maka Yudas dan anak buahnya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kota. Dia mendorong mereka untuk tetap bersikap baik terhadap orang Yahudi. Kemudian mereka berangkat ke Yerusalem dan tiba di sana menjelang Perayaan Menuai.