30. Simea, Hagia, Asaya.
31. Raja Daud memilih beberapa orang untuk mengurus lagu puji-pujian di tempat ibadat di Yerusalem, setelah Tabut Perjanjian dipindahkan ke sana.
32. Mereka bertugas secara bergilir di Khemah TUHAN pada masa Raja Salomo belum membina Rumah TUHAN.
33. Salasilah orang yang diberikan tugas itu adalah seperti berikut:Daripada puak Kehat: Heman anak Yoel ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang pertama. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Yakub: Heman, Yoel, Samuel,
34. Elkana, Yeroham, Eliel, Toah,
35. Zuf, Elkana, Mahat, Amasai,
36. Elkana, Yoel, Azarya, Zefanya,
37. Tahat, Asir, Ebyasaf, Korah,
38. Yizhar, Kehat, Lewi, Yakub.
39. Asaf ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang kedua. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Lewi: Asaf, Berekhya, Simea,
40. Mikhael, Baaseya, Malkia,
41. Etai, Zerah, Adaya,
42. Etan, Zima, Simei,
43. Yahat, Gerson, Lewi.
44. Etan ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang ketiga; Etan daripada puak Merari. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Lewi: Etan, Kisi, Abdi, Malukh,
45. Hasabya, Amazia, Hilkia,
46. Amzi, Bani, Semer,
47. Mahli, Musi, Merari, Lewi.
48. Tugas-tugas lain di tempat ibadat diserahkan kepada rakan-rakan mereka sesama orang Lewi.
49. Harun dan keturunannya bertanggungjawab membakar kemenyan, dan mempersembahkan korban yang dibakar di atas mazbah. Mereka juga bertanggungjawab melakukan segala upacara ibadat di Bilik Maha Suci dan mempersembahkan korban-korban supaya Allah mengampunkan dosa umat Israel. Semua tugas itu dilakukan mereka menurut petunjuk yang diberikan oleh Musa, hamba Allah.