31. Pemimpin keturunan Hebron ialah Yeria. Pada tahun keempat puluh pemerintahan Raja Daud, suatu penyelidikan tentang keturunan Hebron diadakan. Dalam penyelidikan itu ternyata bahawa di kalangan mereka ada askar-askar perkasa yang tinggal di Yazer di wilayah Gilead.
32. Segala urusan keagamaan dan pemerintahan di Israel sebelah timur Sungai Yordan, iaitu di wilayah suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur, diserahkan kepada 2,700 ketua keluarga Yeria; mereka semua orang terkemuka yang dipilih oleh Raja Daud.