1 Tawarikh 1:15-29 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Hewi, Arki, Sini,

16. Arwadi, Semari, dan Hamati.

17. Anak lelaki Sem ialah Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.

18. Arpakhsad ialah bapa Selah, dan Selah bapa Eber.

19. Eber mempunyai dua orang anak lelaki; anak yang pertama bernama Peleg kerana pada zamannya bangsa-bangsa di dunia terbahagi-bahagi, dan anak yang kedua bernama Yoktan.

20. Keturunan Yoktan ialah orang Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,

21. Hadoram, Uzal, Dikla,

22. Ebal, Abimael, Syeba,

23. Ofir, Hawila, dan Yobab.

24. Salasilah daripada Sem hingga Abraham adalah seperti berikut: Sem, Arpakhsad, Selah,

25. Eber, Peleg, Rehu,

26. Serug, Nahor, Terah,

27. dan Abram (dikenal juga sebagai Abraham).

28. Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, Ishak dan Ismael.

29. Anak-anak lelaki Ismael menjadi ketua dua belas suku: Nebayot yang sulung, lalu Kedar, Adbeel, Mibsam,

1 Tawarikh 1