17. Raja kamu itu akan mengambil sepuluh peratus daripada semua ternakan kamu. Bahkan kamu sendiri akan menjadi hamba raja.
18. Pada masa itu kamu akan bersungut kerana raja kamu, raja yang kamu pilih sendiri. Tetapi TUHAN tidak akan mempedulikan sungutan kamu.”
19. Umat Israel tidak mahu menghiraukan kata-kata Samuel, malahan mereka berkata, “Biarlah! Kami tetap mahukan seorang raja.