1. Selepas Tabut Perjanjian TUHAN berada di negeri orang Filistin selama tujuh bulan,
2. orang Filistin memanggil para imam dan ahli sihir, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian TUHAN itu? Jika Tabut itu kita kembalikan ke tempatnya, apakah benda yang patut dikirim bersama-samanya?”
3. Mereka menjawab, “Jangan kembalikan Tabut Perjanjian Allah Israel dengan tidak menyertakan apa-apa persembahan untuk Dia. Tabut itu mesti disertai persembahan untuk menebus dosa kamu. Dengan demikian kamu akan disembuhkan, dan kamu akan mengetahui apa sebabnya Allah Israel terus-menerus menghukum kamu.”