1 Samuel 29:4-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Tetapi para panglima Filistin itu marah dengan Raja Akhis. Mereka berkata kepadanya, “Suruhlah dia pulang ke kota yang tuanku berikan kepadanya. Jangan benarkan dia ikut kita berperang. Siapa tahu pada masa pertempuran kelak, dia akan mengkhianati kita. Bukankah itu peluang yang terbaik baginya untuk memujuk hati rajanya dengan membunuh anak buah kita?

5. Dialah Daud, dan untuk dialah para wanita dahulu menari sambil bernyanyi begini,‘Raja Saul membunuh beribu-ribu orang musuh,tetapi Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang musuh.’ ”

6. Raja Akhis memanggil Daud dan bertitah kepadanya, “Beta bersumpah demi TUHAN yang hidup, yang disembah Israel bahawa kamu setia kepada beta. Beta suka kamu mengikut beta dalam pertempuran ini kerana sejak kamu datang kepada beta, belum pernah kamu bersalah terhadap beta. Tetapi raja-raja yang lain tidak berkenan kepadamu.

7. Oleh itu pulanglah dengan sejahtera dan jangan lakukan sesuatu yang menimbulkan kemurkaan raja-raja itu.”

8. Daud menjawab, “Apakah kesalahan hamba? Tuanku mengatakan bahawa sejak hamba datang kepada tuanku, hamba belum pernah bersalah terhadap tuanku. Jika demikian, mengapakah hamba tidak dibenarkan berperang melawan musuh-musuh tuanku?”

1 Samuel 29