19. Tuanku, dengarlah kata-kata hamba. Sekiranya TUHAN yang menyuruh tuanku supaya melawan hamba, suatu persembahan korban akan dapat meredakan kemurkaan-Nya terhadap hamba. Tetapi sekiranya yang menyuruh tuanku itu manusia, semoga mereka dikutuk oleh TUHAN! Akibat perbuatan mereka itu, hamba sudah diusir dari tanah milik TUHAN dan terpaksa pergi ke negeri lain. Di sana hamba harus beribadat kepada dewa-dewa asing.
20. Janganlah biarkan hamba mati di negeri orang, jauh daripada TUHAN. Mengapakah raja Israel hendak membunuh hamba yang sehina kutu ini? Mengapakah tuanku mahu memburu hamba seperti orang memburu ayam hutan?”
21. Raja Saul menjawab, “Sesungguhnya beta sudah berdosa. Baliklah, hai Daud anak beta! Beta tidak akan berbuat jahat terhadapmu lagi. Malam tadi kamu telah membiarkan beta hidup. Kelakuan beta sungguh bodoh! Perbuatan beta sangat dahsyat!”
22. Daud berkata, “Inilah tombak tuanku. Suruhlah salah seorang askar tuanku datang untuk mengambilnya.