1 Samuel 26:16-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

16. Tetapi kamu tidak menjalankan tugas. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup, hai Abner, bahawa kamu semua tidak layak hidup. Kamu tidak melindungi tuanmu yang sudah dilantik menjadi raja oleh TUHAN. Lihatlah! Di manakah tombak raja? Di mana pula kendi yang terletak di sebelah kepalanya?”

17. Raja Saul mengenali suara Daud, lalu dia bertanya, “Daud, kamukah itu, anakku?”“Ya, tuanku,” jawab Daud.

18. Daud berkata lagi, “Mengapakah tuanku masih mengejar hamba tuanku ini? Apakah yang sudah hamba lakukan? Apakah kesalahan hamba?

19. Tuanku, dengarlah kata-kata hamba. Sekiranya TUHAN yang menyuruh tuanku supaya melawan hamba, suatu persembahan korban akan dapat meredakan kemurkaan-Nya terhadap hamba. Tetapi sekiranya yang menyuruh tuanku itu manusia, semoga mereka dikutuk oleh TUHAN! Akibat perbuatan mereka itu, hamba sudah diusir dari tanah milik TUHAN dan terpaksa pergi ke negeri lain. Di sana hamba harus beribadat kepada dewa-dewa asing.

1 Samuel 26