1. Raja Saul memberitahu Yonatan, puteranya, dan semua pegawainya bahawa baginda merancang untuk membunuh Daud. Tetapi Yonatan sangat mengasihi Daud,
2. lalu dia berkata kepada Daud, “Bapaku berusaha untuk membunuh kamu. Esok pagi berhati-hatilah. Bersembunyilah di suatu tempat rahsia dan tinggallah di situ.
3. Aku akan pergi ke padang bersama dengan bapaku dan berdiri dekat tempat kamu bersembunyi. Lalu aku akan bercakap dengan dia tentang maksudnya terhadapmu. Jika aku mengetahui apa-apa, aku akan memberitahu kamu.”