1 Samuel 14:5-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Batu besar yang di sebelah utara menghadap ke arah Mikhmas, dan batu besar yang satu lagi, yang di sebelah selatan menghadap ke arah Geba.

6. Yonatan berkata kepada pemuda itu, “Marilah kita pergi ke perkhemahan orang Filistin yang tidak mengenal Allah. Mungkin TUHAN akan menolong kita, kerana Dia dapat memberikan kemenangan, baik dengan banyak orang mahupun dengan sedikit orang.”

7. Pemuda itu menjawab, “Apa saja yang hendak tuan lakukan, saya setuju.”

1 Samuel 14