1 Samuel 14:16-20 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

16. Sementara itu tentera Raja Saul yang berkawal di Gibea, di wilayah Benyamin nampak orang Filistin berlari dengan kebingungan.

17. Oleh itu Raja Saul bertitah kepada tenteranya, “Hitunglah askar kita dan periksalah siapa yang tidak ada.” Apabila mereka berbuat demikian, mereka mendapati bahawa Yonatan dan pemuda pembawa senjatanya tidak ada di situ.

18. Raja Saul bertitah kepada Imam Ahia, “Bawalah efod itu ke mari.” (Pada hari itu Imam Ahia membawa efod di hadapan orang Israel).

19. Ketika Raja Saul masih bertitah kepada imam itu, keadaan di perkhemahan orang Filistin semakin gempar. Oleh itu Raja Saul bertitah kepadanya, “Kita tidak sempat lagi untuk minta petunjuk daripada TUHAN!”

20. Kemudian Raja Saul dan tenteranya mara ke medan pertempuran. Di situ mereka nampak orang Filistin dalam keadaan kacau-bilau; mereka saling menyerang dan membunuh.

1 Samuel 14