1 Samuel 11:2-5 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Raja Nahas bertitah, “Beta akan membuat perjanjian dengan kamu dengan satu syarat: beta akan mencungkil biji mata kanan setiap orang untuk mempermalukan segenap umat Israel.”

3. Kemudian para pemimpin kota Yabes berkata, “Berilah hamba sekalian masa tujuh hari untuk mengirim berita ke seluruh negeri Israel. Jika tiada sesiapa yang dapat menolong hamba sekalian, maka hamba semua akan menyerah kepada tuanku.”

4. Para utusan itu sampai di Gibea, tempat tinggal Raja Saul. Apabila berita itu disampaikan, semua penduduk di situ mula menangis kerana putus asa.

5. Pada masa itu Raja Saul baru sahaja pulang dari ladang bersama dengan lembu-lembunya. Baginda bertanya, “Ada apa? Mengapa semua orang menangis?” Dengan segera baginda diberitahu berita yang dibawa oleh para utusan dari Yabes.

1 Samuel 11