1 Raja-Raja 2:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Apabila Raja Daud sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomo, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir.

2. Raja Daud bertitah, “Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani.

3. Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu.

1 Raja-Raja 2