1 Raja-Raja 17:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Seorang nabi bernama Elia dari Tisbe di Gilead berkata kepada Raja Ahab, “Demi TUHAN yang hidup, Allah Israel yang hamba sembah, hamba memberitahu tuanku bahawa selama dua atau tiga tahun tidak akan ada embun ataupun hujan, sehingga hamba mengatakan ada hujan.”

2. Kemudian TUHAN berfirman kepada Elia,

3. “Tinggalkanlah tempat ini dan pergilah ke sebelah timur. Bersembunyilah dekat sungai kecil Kerit, di sebelah timur Sungai Yordan.

1 Raja-Raja 17