1. Sementara Raja Antiokhus yang Keempat sedang menjelajah dataran tinggi Persia, baginda mendengar bahawa kota Elimais terkenal kerana emas dan peraknya.
2. Kuil di kota itu juga sangat kaya, kerana di situ disimpan perisai-perisai emas, baju-baju zirah, dan senjata yang ditinggalkan Aleksander putera kepada Raja Filipus, raja pertama Makedonia.
3. Maka datanglah Raja Antiokhus hendak menawan dan menjarah kota itu. Tetapi baginda tidak berjaya kerana maksudnya diketahui oleh penduduk.
4. Mereka memberi perlawanan terhadapnya sehingga baginda lari dan pulang ke Babel dengan kesal hati.
5. Ketika Raja Antiokhus masih di Persia, seorang utusan datang kepadanya dan mengkhabarkan bahawa pasukan-pasukan yang dikirimnya ke Yudea dikalahkan.
6. Khususnya berita bahawa Lisias dengan pasukannya yang kuat terpaksa melarikan diri daripada orang Yahudi yang bertambah kuat kerana senjata, perlengkapan, dan barang jarahan yang diambil oleh mereka daripada pasukan-pasukan yang dikalahkan mereka.
44-46. Dengan berani dia lari menuju gajah yang di tengah-tengah pasukan tentera berjalan kaki. Sementara mara, dia membunuh askar-askar di kiri kanannya sehingga musuh mundur dari kedua-dua sisinya. Lalu dia menyusup di bawah gajah itu dan menikamnya sehingga mati. Gajah itu rebah ke tanah tepat di atas Eleazar sehingga dia pun gugur. Begitulah Eleazar mengorbankan hidupnya untuk menyelamatkan bangsanya dan untuk mendapat nama harum yang abadi.
55-56. Sementara itu Lisias mendengar bahawa Filipus dengan tentera kerajaan sudah kembali dari Persia dan Media. Filipus telah ditugaskan oleh Raja Antiokhus semasa hidupnya untuk mengasuh Antiokhus putera baginda sehingga menjadi raja. Lisias juga mendengar bahawa Filipus berusaha untuk merebut kuasa.