Tarikh dua puluh lima bulan Kislew, iaitu bulan kesembilan, tahun 148 adalah hari ulang tahun mazbah dicemarkan oleh orang asing. Pada hari itu juga, di atas mazbah yang baru, korban yang sesuai dengan Taurat Musa dipersembahkan. Mereka mentahbiskan mazbah yang baru sambil menyanyikan lagu-lagu dengan iringan gambus, kecapi, dan canang.