10. Kemudian Apolonius membentuk sepasukan tentera gabungan orang asing dengan pasukan besar dari Samaria untuk menyerang bangsa Israel.
11. Apabila mendengar hal itu, Yudas mara ke medan perang, lalu mengalahkan dan membunuh Apolonius. Banyak musuh binasa dan yang lainnya melarikan diri.
12. Barang-barang mereka dirampas. Pedang Apolonius diambil oleh Yudas dan digunakan seumur hidupnya.
13. Seron, panglima angkatan perang Siria, mendengar bahawa Yudas telah mengumpulkan satu pasukan besar, termasuk sekelompok orang setia yang siap bertempur di bawah pimpinannya.
14. Seron berkata, “Namaku akan termasyhur di seluruh kerajaan kalau aku memerangi Yudas dan anak buahnya yang meremehkan perintah raja.”