10. Tentera musuh juga melarikan diri ke menara-menara di ladang-ladang Asdod, tetapi Yohanes membakarnya sehingga musnah. Pada hari itu lebih kurang 2,000 orang tentera musuh binasa, dan Yohanes kembali dengan selamat ke Yudea.
11. Imam Agung Simon telah mengangkat Ptolemeus anak Abub menjadi panglima di dataran Yerikho. Ptolemeus sangat kaya,
12. kerana dia menantu Simon.
13. Tetapi dia menjadi sombong dan ingin menguasai seluruh negeri. Oleh itu dia memikirkan sebuah rancangan yang licik untuk membunuh Simon dan anak-anaknya.
14. Suatu ketika Simon bersama dengan kedua-dua orang anaknya, Matatias dan Yudas sedang berkunjung ke kota-kota di wilayahnya untuk memperhatikan keperluan kota-kota itu. Dalam bulan Syebat, iaitu bulan kesebelas tahun 177, mereka tiba di kota Yerikho.