23. Baginda mengambil apa sahaja daripada emas dan perak serta semua barang berharga dan harta tersembunyi yang ditemukannya di situ.
24. Semuanya diangkut baginda ke negerinya sendiri. Baginda telah membunuh banyak orang dan dengan sombong menghebahkan apa yang dilakukannya.
25. Di seluruh Israel, orang ditimpa kesedihan besar.
26. Para penguasa dan tua-tua berkeluh-kesah,pemuda dan pemudi kita merana,kaum wanita kehilangan kecantikan mereka.
27. Setiap mempelai lelaki menyanyikan lagu ratapandan pengantin wanita berkabung di biliknya.
28. Seluruh rakyat Israel berasa malu,negeri kita goyah kerana penduduknya.
29. Dua tahun kemudian, Raja Antiokhus mengirim seorang ketua pemungut cukai ke kota-kota di Yudea. Dia datang ke kota Yerusalem dengan sepasukan tentera yang besar,
30. dan bercakap ramah dengan rakyat. Dia berpura-pura menawarkan perjanjian perdamaian, dan rakyat percaya kepadanya. Tiba-tiba dia menyerang kota itu dan menyebabkan kerosakan yang teruk; banyak orang Israel binasa.
31. Kota dirompak lalu dibakar; rumah-rumah dan seluruh tembok kota dirobohkan.